skip to main |
skip to sidebar
janji Allah itu pasti. tak kira tua muda, kaya atau miskin. bila dah termaktub ajal akhirnya pulang jua ke pangkuan-Nya. hari ni 07 Febuari telah selamat sahabat aku khairul nizam dikebumikan. tiada siapa sangka pulangnya arwah ke pangkuan-Nya tapi itulah hakikat. mati itu pasti yang membezakan hanyalah cepat atau lambat sahaja bezanya. sungguh terkaku sejenak apabila aku terdengar berita ketiadaan sahabat. 06 Febuari sahabat disahkan koma dan tiada siapa sangka itu petanda sahabat aku pulang ke pangakuan Allah. aku bukanlah rapat dengan beliau meskipun 5 tahun sekolah bersama. arwah dan aku sekelas hanya sekali: tingkatan 5. arwah sahbat yang hebat. aku ingat lagi kenangan masa graduasi. arwah dan aku no dalam tingkatan sama jadi bila dalam majlis duduk sebelah-menyebelah. meskipun jarang bercakap masih ada kenangan dengan arwah. time kelas bio aku dengan arwah cikgu gandingkan bersama disebabkan budak kelas aku memang cukup sepasang-sepasang. meskipun kurang berbicara masih terselit kenangan bersama arwah. arwah biasa duduk menyelit bila aku makan kereopok semeeq. aku ingat jugak dia suruh aku tulis jadual kelas. yelah sebab mostly tiap-tiap bulan brubh jadual.apa yang pasti dia seorang sahabat yang baik. kenanagan yang aku rasa paling lucu pasal arwah yang ada dalam memori aku. hari bila family tikah mari bawak nasi ayam untuk makan ramai2. dah memang arwah suka menyelit. arwah un join sekali makan. masa tu arwah dengan hanief (mok cik). tapi diaorang makan nasi ayam tak ade ayam. sebab awal-awal sep ye lari bila orang ajak kata malu. tapi last-last nyelit jugak. apepun, aku doakan kau tenang disana sahabat. kau sahabat yang baik, kawan-kawan semua sayangkan kau. tenanglah kau tidur disana wahai sahabat. moga-moga kau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. amin..meskipun masa telah berlalu dan kau pun telah selamat pulang kepada Allah, tapi kenangan kita semua sebagai budak Le'best, Budak Batch-6(Le'acierto), Budak Kelas 5 Al-furqan tetap dalam ingatan (In Sha Allah).
tadi pun bila aku baca wasap grup batch ramai budak batch pergi melawat. aku sebab ada kekangan jadi ku iringkan doa sahaja buat mu sahabat. budak lelaki batch kita ada yang pergi tolong uruskan pengebumian. alhamdulillah kita ada kawan-kawan yang baik yang prihatin. :) apepun, kau kenangan terindah dalam keluarga Le'acierto (10-14)
to Allah we BELONG, to HIM is our RETURN.
may ALLAH bless on you- Khairul Nizam
(08.01.97-06.02.15)
Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi