Thursday 4 June 2015

EVERYTHING GONNA BE OKAY.


untuk kesekian kalinya aku update blog. sebab sekarang tengah free jadi kena rajinkan tangan untuk menaip. pejam celik-pejam celik cukuplah seminggu aku dekat sini. walaupun dalam seminggu dah banyak benda yang berlaku.hari ni sekali lagi aku kena pergi ke bahagian akademik untuk selesaikan sesuatu. sebab pelajar baru, dah berapa kali sesat keliling kampus. tapi pa yang aku tahu, alhamdulillah. aku dah boleh berdiri atas kaki sendiri. tak perlukan ihsan orang. sebab selagi aku mampu aku akan cuba buat lagipun aku ada Allah. ye semalam, dengan jayanya aku ke kampus naik bas 'alone'. duduk sini kena pandai bawak diri. dekat mana-mana pun memang macam tu. dalam seminggu ni macam yang aku bagi tahu banyak benda yang terjadi dekat aku. hari pendaftaran sepatutnya aku daftar ke kolej kediaman yang lain tapi tersalah daftar. ya Allah, Allah je tahu perasaan aku kalau kena tukar balik. dengan panjat tangga angkut barang lagi. rasa nak menangis yang teramat sangat. dahlah homesick. makin homesick jadinya. tapi, alhamdulillah tak perlu tukar since tak ada effect apa-apa pun. 

tapi, rasa tegang muka kembali kendur bila time edarkan kad metrik. kad metrik aku tak dapat. ya Allah sebaknya rasa hati. tanpa sedar air mata dah bertakung elok tunggu nak turun je. inform dekat mak sebab nak luah perasaan. yelah, aku ni ada mak je yang boleh jadi sahabat aku. tapi dah nama pun jauh memang hanya mampu luahkan jelah. lepas dah inform dekat kakak fasi tu, esoknya aku ke pusat ICT untuk buat kad metrik. alhamdulillah selesai. dan esoknya habis orientasi dan boleh check untuk jadual kuliah. sekali lagi aku diuji. ye , aku punya tak boleh akses ke dalam portal untuk tengok jadual. rasa macam retak seribu kali retak hati. yelah kelas dah nak start tapi jadual tak tahu lagi. akhirnya aku ke kampus untuk selesaikan masalah tu dengan roommate since kitaorang ada masalah yang sama. sampai sana bahagian yang sepatutnya tu tutup pulak. adehh, hanya sabar je mampu masa tu. lepas tu pergi bahagian yang lain. petugas kat situ kata esok settle.dan keesokkan harinya, dengan jaya semnagatnya aku pun cuba sekali lagi. 


ye, sekali lagi tak boleh akses. aku pun ambil keputusan nak hantar email ke bahagian kemasukkan. bila dah hantar aku pun call mak bagitahu. "kak, gi jelah sane. senang sudoh llu. kekgi kelas nok start dah. sekarng waktu pejabat. baik gi selalu" ye sebabkan itu aku pun rajinkan diri ke kampus seorang diri. ye alone. tapi aku bersyukur sangat. meskipun  sekarang ni masalh tu tak selesai since aku kena pergi balik hari ni. sekurang-kurangnya dah kenal sikit kawasan kampus. nanti kalau ada hal senanglah. dan sebabkan itu aku boleh bawak diri even i was alone. ye, perancangan Allah itu indah meskipun di mata kita kita lihat seksanya. tapi disebaliknya terselit seribu rahsia. jadi bukakan minda mu. bersangka baiklah dengan Allah. Allah tak pernah nak susahkan kita. even kalau Allah berikan kita sakit, kita dapat hapuskan dosa kecil kita kenapa? sebab sakit itu ibarat kifarah. penghapus dosa. bila kita ditimpa musibah, Allah mungkin nak suruh kita kembali kepada-Nya. bahkan itu tunjukkan Allah sayang dekat kita. kerana dalam ramai-ramai hambaNya, kita yang dipilih. tidakkah rasa beruntung??




hari ni aku ke kampus nak selesaikan masalah pasal jadual kuliah pulak. jadual lain dengan yang kos yang didaftar. since, kuliah tak start lagi. aku nak selesaikan semuanya. aku tahu Allah akan bantu aku. Allah akan tunjukkan aku jalan sebaiknya. mungkin dengan masalah ni Allah nak suruh aku belajarberdikari. yelah selama ni harapkan mak je yang uruskan. dah makin tua ni. pandai-pandailah bawak diri.





"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang engkau buat mudah. dan engkau menjadkan kesedihan (kesulitan), jika engaku kehendaki pasti akan mudah"

harapnya hari ni dapat selesai semuanya. biarlah aku dapat belajr dengan tenang nanti. in shaa Allah. dengan izin Allah pasti semua akan beres. 



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

No comments: